LONDON: Seorang wanita menceritakan pengalamannya melahirkan bayi di bahagian tempat duduk penumpang di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital.
Chiara Musetti, 28, dan suaminya, James Spence, 32, terpaksa menempuh jalan yang dinaiki banjir di Windermere apabila Musetti menjerit bayinya sudah keluar.
“Kira-kira 10 minit sebelum sampai ke hospital, air ketuban saya pecah dan lima minit kemudian, bayi saya mula keluar.
“Ketika itu, kami berada di bulatan dan suami memecut kereta kira-kira pada kelajuan 97 kilometer sejam,” katanya kepada Metro.
Musetti sempat menyambut bayinya dan pasangan isu meneruskan perjalanan mereka ke hospital.
Sejurus tiba di hospital, ibu serta anak itu diberikan rawatan kecemasan dan kedua-duanya dibenarkan pulang ke rumah selepas pemantauan selama 12 jam.
“Saya tidak bayangkan untuk melahirkan bayi di tempat duduk penumpang. Semuanya berlaku dengan cepat,” ujar Musetti.