Wanita hantar sate beracun ditahan polis - Utusan Malaysia

Wanita hantar sate beracun ditahan polis

SUSPEK wanita yang menghantar sate beracun kepada seorang lelaki ditahan polis di Bantul, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Polis Bantul akhirnya menahan seorang suspek wanita yang disyaki menghantar makanan berupa sate yang dicampur racun sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak.

Jurucakap polis, Burkan Rudy Satriya berkata, wanita itu ditahan selepas empat hari polis menjalankan siasatan.

“Polis sudah menahan suspek yang berusia 25 tahun dan berasal dari Majalengka pada Jumaat lalu.

“Suspek memberitahu dia mengirim sate beracun itu kepada seorang lelaki bernama Tomy kerana ingin balas dendam,” katanya kepada Kompas.com.

Terdahulu, seorang penghantar makanan, Bandiman menerima panggilan daripada suspek memintanya menghantar makanan kepada seorang lelaki tanpa menggunakan aplikasi.

Namun, lelaki tersebut tiada di rumah dan meminta Bandiman membawa balik makanan itu sebagai juadah berbuka puasa.

Seorang daripada anak Bandiman mencampurkan kuah sate tersebut dan mula muntah serta pengsan selepas memakannya.

kanak-kanak berusia lapan tahun itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya