MAGETAN: Satu video yang menunjukkan seorang wanita berjalan di tengah jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan teruk di Magetan, Jawa Timur menjadi tular dalam media sosial.
Lapor Kompas.com, rakaman video selama 25 saat itu menunjukkan wanita tersebut ‘berjalan secara santai’ tanpa menghiraukan lalu lintas, bahkan dia kelihatan marah apabila pengguna jalan raya memintanya ke tepi.
Jurucakap polis, Munir berkata, polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang berjalan di tengah jalan raya tanpa mengendahkan trafik.
“Polis dikerah ke lokasi kejadian dan membawa wanita itu ke balai polis sebelum menyerahkannya kepada keluarganya.
“Trafik kembali lancar selepas wanita itu dibawa ke balai polis,’ katanya.
Namun, polis tidak menyatakan jika wanita itu mengalami gangguan mental.