Umur panjang lepas jatuh 30 meter - Utusan Malaysia

Umur panjang lepas jatuh 30 meter

SEORANG lelaki terselamat selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30.48 meter di tebing di Old Harry Rocks berhampiran Swanage di Dorset. - BNPS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki terselamat dengan hanya mengalami luka dan lebam selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 100 kaki atau 30.48 meter dari sebuah puncak tebing.    

Lapor Metro, ketika kejadian, lelaki berusia 28 tahun itu sedang merakam swafoto sebelum tergelincir lalu terjatuh dari tepi tebing di Old Harry Rocks berhampiran Swanage di Dorset.     

Bagaimanapun, lelaki itu terselamat selepas jatuh di dalam air laut cetek yang berkedalaman1.2 meter. 

Sekumpulan individu berkayak yang menyaksikan kejadian tersebut bergegas membantu lelaki itu dengan membawanya ke pantai untuk memberi pertolongan cemas.  

Dilaporkan, lelaki itu masih dalam keadaan sedar, boleh bercakap serta hanya mengalami luka dan lebam walaupun jatuh dari tebing yang tinggi.

Bot penyelamat Swanage tiba di tempat kejadian dan membawa lelaki itu ke stesennya sebelum dihantar ke hospital menerusi ambulans.

Seorang anggota pasukan bot penyelamat Swanage, Ian Brown menyifatkan insiden tersebut sebagai satu keajaiban kerana lelaki itu terselamat. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya