Ugut bunuh nenek hanya kerana RM1.40 - Utusan Malaysia

Ugut bunuh nenek hanya kerana RM1.40

HARI Sopandu mengugut untuk membunuh neneknya sendiri kerana tidak diberi wang berjumlah 5,000 rupiah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gara-gara tidak diberi wang yang diminta, seorang lelaki berusia 20 tahun tergamak mengugut untuk membunuh neneknya sendiri.

Lapor Tribunnews, Hari Sopandu dari Palembang, Sumatera Selatan membuat ugutan demikian kerana neneknya hanya mampu memberikan wang sebanyak 3,000 rupiah (86 sen) berbanding 5,000 rupiah (RM1.40) yang dimintanya.

Sebuah video yang memaparkan aksi Hari mengugut untuk membunuh neneknya menjadi tular dalam media sosial.

Susulan video tersebut, polis berjaya menahan Hari.

Ketika ditahan, Hari menangis teresak-esak sambil meluahkan perasaan menyesal bertindak demikian terhadap neneknya.

“Saya tidak mahu masuk penjara lagi,” katanya yang sebelum ini pernah dipenjarakan sebanyak dua kali.

Hari menafikan dia bertindak keras dengan neneknya di hadapan pihak berkuasa.

Kata Hari, ketika kejadian, hanya sedikit kekecohan berlaku selepas neneknya memberikan wang sebanyak 3,000 rupiah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya