Tumbuk anak hingga mati hanya kerana kek keju - Utusan Malaysia

Tumbuk anak hingga mati hanya kerana kek keju

TRAVIS STACKHOUSE mengaku bersalah membunuh Sir Amer hanya kerana memakan kek kejunya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang lelaki dilaporkan menumbuk anak lelakinya yang berusia lima tahun sehingga mati hanya kerana telah memakan kek kejunya yang dibeli sempena sambutan Hari Bapa.

Lapor Daily Star, Travis Stackhouse, 30, mengaku bersalah atas tuduhan pembunuhan tahap kedua serta penderaan dan pengabaian kanak-kanak dalam kejadian kematian Sir Amer Stackhouse pada 2019. 

Pada sesi pendengaran di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS), Stackhouse dari Wisconsin menyalahkan implan logam yang dipasang dalam tangannya atas tindakan mencederakan organ dalaman anaknya.

Defenden itu mendakwa tangannya lebih berat daripada biasa disebabkan logam. 

Pihak pendakwa raya mendakwa lelaki itu berang kerana anak-anaknya telah menghabiskan sebahagian besar kek kejunya yang dibeli sempena Hari Bapa. 

The Milwaukee Journal Sentinel melaporkan, Stackhouse menumbuk dan memukul muka anaknya dengan bahagian belakang tangannya yang mengandungi logam selepas menjalani pembedahan.

Selepas memukul budak lelaki itu, Stackhouse keluar ke sebuah bar bersama rakan-rakanya sehingga kira-kira dua pagi. 

Kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia selepas Stackhouse kembali dari bar dan keluarganya menghubungi talian kecemasan 911, jelas laporan akhbar tersebut.

Menurut Pejabat Pemeriksa Perubatan Milwaukee County, Sir Amer mengalami kecederaan di perut, bengkak di bahagian ginjal dan kelenjar adrenal koyak.

Budak lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan trauma di perut.

  Stackhouse dihukum penjara selama 37 tahun selepas dia mengaku bersalah pada minggu lalu selepas sesi keterangan saksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya