Tujuh maut tanah runtuh di lombong emas - Utusan Malaysia

Tujuh maut tanah runtuh di lombong emas

ANGGOTA penyelamat menemui mayat mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas di wilayah Solok Selatan, Sumatera Barat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan seorang hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong emas di Indonesia.

Ketua Jabatan Kecemasan tempatan, Fikri berkata, hujan lebat menyebabkan tanah runtuh serta membanjiri lombong dengan lumpur bercampur batu dan serpihan di wilayah Solok Selatan, Sumatera Barat.  

Jabatan itu menerusi kenyataan mengesahkan jumlah mangsa yang terkorban dan hilang dalam kejadian tersebut.

Menurut Fikri, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan sembilan orang yang terperangkap dalam lumpur dan menjalankan operasi mencari seorang lagi mangsa yang hilang.

“Pada awalnya, pasukan penyelamat berdepan dengan kesukaran untuk memindahkan mangsa ke kenderaan kerana permukaan di lokasi kejadian agak mencabar.

“Bagaimanapun, kesemua mangsa akhirnya berjaya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu selepas satu lagi insiden tanah runtuh di projek tenaga hidro Batang Toru di Sumatera Utara sehingga mengorbankan 10 orang.

Dilaporkan, tiga orang masih hilang apabila pasukan penyelamat mengakhiri operasi mencari dan menyelamat pada minggu lalu. 

Kejadian tanah runtuh dan banjir kilat merupakan perkara biasa di Indonesia ketika musim hujan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya