SONGKHLA: Pihak berkuasa Thailand menemukan tujuh laluan digunakan untuk merentas sempadan negara ini secara haram.
Laluan yang dikenal pasti itu terletak di sepanjang 85 kilometer di daerah Sadao, berhampiran Kedah dan Perlis.
Gabenor Jaruwat Kliangklao berkata, laluan tersebut digunakan oleh warga Thailand dan pendatang untuk memasuki negara ini dari Malaysia.
Katanya, di beberapa lokasi, individu tersebut menggunakan tangga atau kayu untuk melepasi tembok sempadan.
“Di beberapa tempat pula, mereka memotong kawat duri sementara di lokasi lain mereka mengali tanah di bawah pagar untuk menyelinap masuk ke Thailand,” katanya.
Menurut Kliangklao, ramai yang berjaya merentasi sempadan meskipun pasukan keselamatan melakukan rondaan sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19. – AGENSI