Tiga roket Lubnan dilancar ke Israel - Utusan Malaysia

Tiga roket Lubnan dilancar ke Israel

UNIT pemantauan dan rondaan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan ditempatkan di bandar Naqura yang bersempadan Israel. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Sebanyak tiga roket dilancarkan dari Selatan Lubnan menghala ke Israel, semalam.

Menurut sumber ketenteraan Lubnan, roket itu dilancarkan berdekatan kem pelarian Palestin di Rashidiyeh.

Bagaimanapun, tentera Israel berkata, roket itu jatuh ke kawasan laut.

“Sebanyak tiga roket dilancarkan dari Lubnan ke kawasan perairan Mediterranean di pantai Galilea.

“Tiada bunyi siren amaran dipasang,” katanya.

Serangan roket itu dilancarkan selepas Zionis Israel beralih serangan di darat dengan menempatkan pasukannya di kawasan sempadan Gaza-Israel.

Pada 2014, serangan roket turut dilakukan dari selatan Lubnan ke arah utara Israel semasa pencerobohan rejim Zionis di Gaza. -REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya