Tiga cedera tembakan di Times Square - Utusan Malaysia

Tiga cedera tembakan di Times Square

ANGGOTA polis mengawal ketat selepas insiden tembakan yang mencederakan tiga individu di Times Square, New York. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Dua wanita termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun cedera dalam kejadian tembakan di Times Square.

Jurucakap polis memberitahu AFP, insiden tembakan berlaku pada pukul 5 petang (5 pagi waktu Malaysia) di persimpangan 7th Avenue dan 44th Street.

Katanya, tiga mangsa dikejarkan ke hospital di Manhattan dan berada dalam keadaan stabil.

Jelas pihak polis, tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan penyiasatan masih dijalankan.

Times Square yang merupakan kawasan tumpuan pelancong di New York sebelum pandemik Covid-19 melanda berubah selepas semua pawagam ditutup Mac tahun lalu.

Berdasarkan laporan daripada Times Square Alliance, kawasan itu merekodkan 25 kes jenayah keganasan semasa suku pertama tahu ini iaitu berlaku peningkatan dari 17 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya