Tiada ziarah kubur di Bogor - Utusan Malaysia

Tiada ziarah kubur di Bogor

AKTIVITI ziarah kubur dihalang bagi mengelakkan kes jangkitan Covid-19 menular dalam masyarakat. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOR: Kerajaan Bogor di Jawa Barat melarang sebarang aktiviti menziarahi kubur bermula 12 hingga 16 Mei depan. 

Lapor Kompas.com, Datuk Bandar Bogor, Bima Arya Sugiarto berkata, semua tanah perkuburan di bandar itu akan ditutup pada tarikh tersebut. 

Bagaimanapun, katanya, aktiviti pengebumian jenazah masih dibenarkan. 

Beliau malah menjelaskan, keputusan itu dibuat berdasarkan mesyuarat yang diadakan bersama ketua dari setiap wilayah jajahan itu. 

“Polisi ini bukan mudah kerana sudah menjadi tradisi dalam masyarakat selama bertahun-tahun. Tetapi ini adalah usaha kita supaya tidak berlaku lonjakan kes secara mendadak seperti di India,” jelasnya. 

Pemerintah di Bogor juga turut mengemukakan cadangan supaya solat sunat Aidilfitri peringkat bandar itu tidak dibenarkan selepas mengambil kira kes Covid-19 yang menyaksikan peningkatan sejak beberapa minggu lalu di sana.  

Bagaimanapun, solat hari raya masih dibenarkan diadakan di masjid mengikut wilayah masing-masing. 

“Selalunya kita kerap mengadakan solat hari raya di peringkat bandar seperti di Taman Botani Bogor secara terbuka dan dihadiri ramai orang. Namun, kali ini kita tidak benarkan lagi,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya