Tiada sambutan Aidilfitri di Mesir - Utusan Malaysia

Tiada sambutan Aidilfitri di Mesir

ORANG ramai memilih koleksi lampu pelita yang dijual di jalan utama di Shubra, Mesir. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Operasi pasar raya dan restoran di Mesir akan dihadkan termasuk tiada sebarang sambutan Hari Raya Aidilfitri diadakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Penutupan operasi kafe, pasar raya dan restoran bermula pukul 9 malam berkuatkuasa hari esok sehingga 21 Mei depan.

Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouli menerusi sidang akhbar berkata, negara itu berada dalam ‘gelombang ketiga’ pandemik Covid-19 dan menggesa rakyatnya mematuhi garis panduan kesihatan serta mendaftar bagi menerima suntikan vaksin.

“Anda mempunyai tanggungjawab bukan terhadap diri sendiri tetapi untuk keluarga juga. Kita berada dalam peringkat yang sangat kritikal,” katanya.

Mesir yang merupakan antara negara Arab paling terkenal merekodkan bilangan kes positif sebanyak 232,000 dengan kes kematian mencecah 13,000 orang.

Pihak kerajaan memaklumkan cuti hari raya akan bermula pada 12 hingga 16 Mei dengan semua kawasan pantai, taman awam serta kemudahan rekreasi akan ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh lima hari tersebut.

Tegasnya juga, tiada sebarang penganjuran konsert atau acara besar-besaran seperti majlis perkahwinan dibenarkan.

Orang ramai hanya dibenarkan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid yang sudah ditetapkan diadakan solat Jumaat pada setiap minggu.

Mostafa berkata, seramai 1.7 juta individu sudah didenda kerana tidak memakai pelitup muka dan ratusan ribu shisha dirampas di restoran.

Mesir menerima sebanyak 4.9 juta dos vaksin pada bulan ini. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya