Terlepas hukuman mati, maut akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Terlepas hukuman mati, maut akibat Covid-19

ROMELL BROOM meninggal dunia akibat Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLUMBUS: Seorang banduan yang terselamat dalam pelaksanaan hukuman suntikan maut akhirnya dilaporkan meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

Lapor Daily Star, Romell Broom menghabiskan masa selama 24 tahun di sel yang menempatkan banduan hukuman mati di sebuah penjara Ohio.

Broom didapati bersalah kerana menculik, merogol dan membunuh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, Tryna Middleton pada tahun 1984.

Menurut laporan, Broom terlepas dari hukuman mati menerusi suntikan maut pada 15 September 2009 selepas pasukan perubatan gagal mencari urat bersesuaian untuk memberinya suntikan. 

“Broom diikat pada katil dan pasukan perubatan mula mencari urat bagi membolehkan mereka menyuntik campuran pancuronium bromide, potassium chloride dan midazolam namun gagal mengesannya. 

“Pasukan perubatan juga cuba menyuntik di bahagian lain namun usaha itu tidak berjaya. Selepas dua jam, mereka terpaksa menghentikan prosedur tersebut.

“Ketika itu, Broom sudah dicucuk dengan jarum sebanyak 18 kali sehingga dia mengalami trauma,” jelas laporan tersebut.

Gabenor negeri Ohio mengarahkan hukuman mati Broom ditunda selama seminggu selepas peguamnya menyifatkan cubaan pertama pelaksanaan prosedur itu kejam.

Selepas seminggu, pasukan perubatan berusaha sekali lagi melakukan prosedur itu namun masih gagal sehingga ia terpaksa ditangguhkan untuk satu tempoh yang lama. 

Pelaksanaan hukuman mati Broom buat kali kedua ditetapkan pada 17 Jun tahun lalu tetapi Gabenor, Mike DeWine mengeluarkan arahan penangguhan atas alasan mengalami kekurangan ubat-ubatan yang digunakan untuk suntikan maut.

Prosedur itu kemudian dijadualkan semula pada 16 Mac 2022.

Pandemik Covid-19 melanda seluruh Amerika Syarikat (AS) termasuk di beberapa penjara disebabkan keadaan sempit dan persekitaran yang kurang bersih.

Broom meninggal dunia pada usia 64 tahun pada 28 Disember tahun lalu akibat dijangkiti virus itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya