Tentera Israel mula lancar serangan di darat - Utusan Malaysia

Tentera Israel mula lancar serangan di darat

PENDUDUK Palestin berlari mencari perlindungan selepas bangunan Al-Sharouk runtuh akibat serangan udara tentera Israel di Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel hari ini dilaporkan beralih kepada serangan di darat selepas menempatkan pasukannya serta aset ketenteraan di kawasan sempadan Gaza-Israel.

Pertempuran yang masuk hari kelima itu dilihat seperti ‘tidak akan berakhir’ apabila pergerakan Hamas dan tentera Zionis saling berbalas serangan.

Jurucakap tentera Israel, Jonathan Conricus berkata, pesawat tempur dan anggota di daratan sudah mula melancarkan serangan untuk melumpuhkan kubu kuat Hamas di Semenanjung Gaza.

Namun, Conricus tidak menyatakan lebih lanjut berhubung situasi tersebut.

Dalam pada itu, berlaku percanggahan pendapat dalam ketenteraan Israel apabila koresponden hal ehwal memaklumkan pihaknya tidak dimaklum mengenai operasi di daratan.

Penduduk di utara Gaza yang berhampiran barisan hadapan pasukan tentera Zionis turut memaklumkan tidak melihat mana-mana anggota tentera di kawasan mereka.

Bagaimanapun, penduduk Gaza tidak menafikan mereka terdengar bunyi tembakan dilepaskan dan serangan udara masih berlaku.

Sementara itu, bunyi letupan kuat terus kedengaran di utara dan timur Gaza.

Beberapa saksi memaklumkan penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan sudah meninggalkan kediaman masing-masing dan mendapatkan perlindungan sejumlah sekolah yang dibiayai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya