Taufan landa Nantong, 11 maut - Utusan Malaysia

Taufan landa Nantong, 11 maut

SEBANYAK 11 orang maut manakala 102 cedera selepas angin kencang dan taufan melanda bandar Nantong, wilayah Jiangsu di timur China. - CGTN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan lebih ratusan orang cedera selepas taufan ganas melanda sebuah bandar berhampiran Shanghai, menurut pihak berkuasa China.

Sebanyak sembilan orang dalam bot nelayan yang terbalik akibat dipukul ombak masih lagi dilaporkan hilang.

Hanya dua orang berjaya diselamatkan.

Berdasarkan laman sesawang Toutiao.com, angin kencang membadai Nantong, sebuah bandar di utara tebing Sungai Yangtze.

Menurut pihak berkuasa tempatan, individu terbunuh akibat dihempap pokok dan tiang elektrik atau lemas.

Katanya, seramai 102 mengalami kecederaan dan banyak rumah musnah dengan lebih 3,000 penduduk terpaksa dipindahkan dalam kejadian tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya