SYDNEY: Buat pertama kali dalam sejarah, spesies haiwan karnivor, Tasmanian Devil selamat dilahirkan di kawasan darat Australia selepas lebih 3,000 tahun.
Menurut ahli konservasi, sebanyak tujuh ekor bayi dilahirkan dan haiwan itu akan ditempatkan di tempat perlindungan haiwan liar Barrington Tops, di Sydney, Oktober lalu.
Sebelum ini, Tasmanian Devil yang diancam kepupusan dipercayai hilang di kawasan darat setelah bersaing dengan Dingo yang menewaskan haiwan lain ketika memburu makanan.
Walaupun spesies Dingo tidak terdapat di Pulau Tasmania, populasinya pupus disebabkan serangan penyakit.
Sebanyak 90 peratus populasi haiwan itu terbunuh akibat barah yang menular iaitu penyakit tumor pada bahagian muka.
Sehingga kini, terdapat 25,000 haiwan liar Tasmanian Devil tinggal di pulau itu.
Tahun lalu, ahli konservasi melepaskan 26 spesies dewasa dengan tujuh daripadanya adalah betina ke pusat perlindungan berkeluasan 400 hektar.
Dijangka sebanyak 20 bayi dapat dilahirkan tahun depan.
“Tujuh bayi itu disahkan dalam keadaan sihat. Pasukan akan terus memantau ibu bayi itu dengan kamera tersembunyi beberapa minggu lagi,” katanya.