Tak jadi bertunang kerana terkandas sekatan jalan - Utusan Malaysia

Tak jadi bertunang kerana terkandas sekatan jalan

AGUS dan keluarganya terpaksa berpatah balik dalam sekatan jalan raya di Mantingan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki terpaksa melupakan hasrat untuk meminang wanita pilihannya disebabkan dilarang meneruskan perjalanan oleh pihak berkuasa.  

Lapor Kompas.com, Agus Suryadi bersama 13 ahli keluarganya yang lain ditahan dalam sekatan jalan raya di pos Mantingan, Ngawi, Jawa Timur serta diminta berpatah balik. 

Lelaki berusia 23 tahun itu mahu menuju ke Winongo, Madiun bersama keluarganya untuk meminang bakal isterinya. 

Namun, semasa pemeriksaan petugas di pos sekatan Mantingan, Agus hanya dapat menunjukkan surat ujian calitan Covid-19 miliknya. 

Sedangkan, 13 ahli keluarganya yang lain tidak membawa surat tersebut termasuk pemandu kenderaan yang membawa mereka. 

Pemuda itu menyatakan rombongan keluarganya sudah menjalani pemeriksaan di pos Sragen sebelum melalui Mantingan. 

Katanya, ketika itu petugas hanya meminta bukti seorang individu sahaja sudah mengambil ujian calitan. 

Pegawai kawalan di pos tersebut, Daryono menjelaskan pihaknya sudah menawarkan kepada penumpang lain untuk menjalani ujian calitan sekiranya mahu meneruskan perjalanan. 

Bagaimanapun katanya, mereka sekeluarga menolak tawaran itu sebelum diarahkan berpatah balik. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya