Indonesia tangguh suntikan AstraZeneca selepas dua maut  - Utusan Malaysia

Indonesia tangguh suntikan AstraZeneca selepas dua maut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan penangguhan suntikan 448,480 dos vaksin AstraZeneca susulan laporan dua penduduk yang meninggal dunia selepas menerima suntikan tersebut. 

Tetapi bukan semua vaskin tersebut dihentikan penggunaannya, hanya dari kumpulan CTMAV547 sahaja yang dihentikan sementara bagi menunggu hasil siasatan dan ujian yang akan mengambil masa dua minggu.

Lapor CNN Indonesia, Jurucakap Vaksin bagi pihak kementerian, Siti Nadia Tarmizi berkata, penangguhan itu dilakukan selepas kes kematian Trio Fauqi Virdaus. 

Katanya, lelaki berusia 22 tahun itu disahkan mati selepas sehari menerima suntikan pertama vaksin AstraZeneca di Istora Senayan, 5 Mei lalu, serta satu kes dari penduduk Jakarta yang tidak dijelaskan secara terperinci. 

“Sebelum ini, data menunjukkan tiada sebarang insiden kematian selepas menerima suntikan vaksin Covid-19. 

“Dalam beberapa kes, kita dapati ada individu yang maut disebabkan faktor lain selepas menerima suntikan vaksin,” katanya. 

Menurut Siti Nadia, pihaknya sudah meminta Badan Pengawal Ubat dan Makanan (BPOM) menjalankan ujian toksik kerana tiada data mencukupi untuk menjelaskan penyebab kematian itu. 

Katanya, pihak kementerian masih menunggu ujian mendalam oleh BPOM yang akan mengambil masa selama satu ke dua minggu. 

Bagaimanapun, penangguhan sementara itu hanya melibatkan kelompok CTMAV547 bagi pengambilan vaksin AstraZeneca. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya