Solat pakai pelitup muka sah - Utusan Malaysia

Solat pakai pelitup muka sah

JEMAAH wanita menunaikan solat di Masjid al-Akbar di Surabaya, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Agama Indonesia menegaskan penggunaan pelitup muka ketika menunaikan solat berjemaah di masjid atau surau semasa pandemik Covid-19 masih berlangsung adalah dibolehkan dan solat tetap sah.

Ketua Pengarah Bina Masyarakat Islam di kementerian tersebut, Kamaruddin Amin berkata, tiada satu pun pendapat para ulama yang menyatakan solat tidak sah apabila memakai pelitup muka.

“Ketika ini pandemik Covid-19 belum reda dan memakai pelitup muka serta menjaga jarak sosial merupakan antara langkah pencegahan yang disyorkan.

“Maka, solat sambil memakai pelitup muka dan tidak merapatkan saf tetap sah dalam agama Islam,” katanya kepada CNN Indonesia.

Kamaruddin mengulas mengenai satu video tular yang menunjukkan pengurus Masjid al-Amanah di Bekasi, Jawa Barat mengusir seorang jemaah kerana memakai pelitup muka ketika ingin menunaikan solat.

Video tersebut dikongsikan dalam media sosial dan jurucakap polis, Agus Rahmat berkata, kejadian tersebut berlaku pada minggu lepas.

Katanya, pengurus tersebut dan jemaah berkenaan sudah berdamai dan protokol Cobid-19 juga sudah dijelaskan bagi mengelak kekeliruan antara mereka.

Sehubungan itu, Kamaruddin berharap semua persoalan sudah dijelaskan dan isu berkenaan tidak perlu dipanjangkan lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya