Solat Aidilfitri atas jalan di Makassar - Utusan Malaysia

Solat Aidilfitri atas jalan di Makassar

PIHAK berkuasa Makassar tidak benarkan penduduk menunaikan solat Aidilfitri di masjid bagi mengelak penularan Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak berkuasa Makassar tidak membenarkan solat Aidilfitri dilakukan di dalam masjid, sebaliknya boleh dilakukan di ruang terbuka atau atas jalan raya bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19.

Datuk Bandar Makassar, Ramdhan Pomanto berkata, pandemik Covid-19 masih belum reda dan beliau tidak mahu kluster solat Aidilfitri memburukkan situasi di negara ini.

“Marilah kita menunaikan solat sunat Aidilfitri di ruang terbuka atau di atas jalan kerana tidak mahu penularan jangkitan Covid-19.

“Masjid tidak boleh digunakan untuk tunai solat sunat kerana dibimbangi menjadi tempat kerumunan yang sesak dan berhimpit-himpit,” katanya kepada CNN Indonesia.

Selain itu, Ramdhan menegaskan, biarpun solat Aidilfitri diadakan di ruang terbuka, para jemaah tetap perlu mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan.

Jelas beliau, pasukan keselamatan akan ditempatkan di beberapa kawasan utama di seluruh Makassar bagi mengawal pergerakan orang ramai, terutamanya ketika menunaikan solat raya.

“Hari raya perlu diraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, maka saya berharap tiada kluster Covid-19 baharu akan muncul selepas ini,” ujarnya.

Sementara itu, pihak berkuasa bandar ini juga melarang aktiviti takbir rumah ke rumah bagi mengelak orang berkumpul dan keadaan akan dipantau pasukan keselamatan dari semasa ke semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya