Sinabung meletus lagi - Utusan Malaysia

Sinabung meletus lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Gunung Berapi Sinabung meletus lagi hari ini dengan menghamburkan debu panas setinggi 2,800 meter ke udara.

Gunung berapi itu mula menunjukkan tanda-tanda meletus dengan mengeluarkan asap dan debu sejak pukul 9 pagi waktu tempatan dan letusan itu berlaku selama enam minit.

Setakat ini, pihak berkuasa Indonesia tidak mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk yang tinggal di kawasan sekitar.

Sebelum ini, pihak berkuasa mengarahkan supaya penduduk tidak berada dalam radius lima kilometer dari kaki gunung tersebut bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini.

Pegawai pemantau Sinabung, Muhammad Nurul Asrori berkata, penduduk dan pelancong tidak seharusnya melakukan sebarang aktiviti berhampiran gunung berapi tersebut.

“Sehingga kini, tahap amaran gunung berapi itu kekal pada fasa tiga,” katanya.

Gunung berapi setinggi 2,460 meter itu ‘tidur’ selama beberapa abad sebelum meletus pada 2010 sehingga mengorbankan dua orang dan terus aktif sehingga kini.

Pada 2014, seramai 16 orang terbunuh apabila Sinabung meletus dan tujuh lagi maut dalam letusan 2016. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya