Sidang khas PBB bincang konflik Palestin 27 Mei ini - Utusan Malaysia

Sidang khas PBB bincang konflik Palestin 27 Mei ini

SEORANG lelaki warga emas berjalan melalui bangunan runtuh akibat serangan udara Zionis di Gaza City, Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sidang khas berhubung situasi di Palestin.

Sesi sidang tersebut yang dijangka diadakan pada Khamis depan bersamaan 27 Mei bakal mengutamakan isu berkaitan hak kemanusiaan di Palestin, termasuk di Baitulmuqaddis timur.

Pakistan yang merupakan penyelaras Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sebelum ini mendesak satu sidang khas diadakan segera bagi mencari penyelesaian terhadap konflik keganasan di Palestin.

PBB bagaimanapun tidak memaklumkan berapa banyak negara anggota menyokong sidang tersebut, namun, satu per tiga daripada keanggotaan perlu menyokong pelaksaan sidang berkenaan.

Pengumuman itu dibuat ketika tentera Israel terus melancarkan serangan udara terhadap Gaza yang menyaksikan sekurang-kurangnya 230 penduduk Palestin maut, termasuk 65 kanak-kanak. – AFP

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya