Setiap 7.4 saat, wanita China jadi mangsa keganasan domestik - Utusan Malaysia

Setiap 7.4 saat, wanita China jadi mangsa keganasan domestik

KES keganasan rumah tangga di China semakin meningkat dengan satu daripada empat wanita akan menjadi mangsa. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kira-kira satu daripada empat wanita di China berdepan dengan keganasan domestik.

Menurut Persatuan Wanita China, golongan itu akan menjadi mangsa penderaan golongan tidak bertanggungjawab setiap 7.4 saat.

Sehingga kini, China masih berpegang kepada konsep masyarakat tradisional iaitu menghargai keharmonian rumah tangga dan amalan itu sudah diguna pakai sejak era Konfusianisme.

Di beberapa wilayah, memukul isteri dilihat sebagai simbol kuasa dan ada golongan lelaki berasa bangga dengan perkara tersebut.

Peguam perkahwinan dan perceraian, Ma Sainan berkata, kebanyakan wanita hanya melaporkan kepada polis selepas lebih 30 kali dipukul suami atau kekasih.

“Malah, ada juga golongan wanita yang belum bebas biarpun sudah berpisah dengan suami.

“Walaupun kes keganasaan domestik lebih banyak berlaku di kawasan luar bandar, insiden itu turut direkodkan semakin meningkat di kawasan bandar,” katanya.

Pihak berkuasa China berusaha mengurangkan kes keganasan domestik menerusi perundangan, namun pelbagai pihak beranggapan itu tidak cukup untuk menangani masalah tersebut.

Dianggarkan 157,000 wanita China bunuh diri setiap tahun dan kajian yang dilakukan pada 2016 menunjukkan sebanyak 60 peratus daripadanya berpunca daripada keganasan domestik.

Media tempatan melaporkan, aduan mengenai keganasan domestik meningkat sehingga 8.4 peratus pada 2019 berbanding 2018. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya