Serpihan, barangan Nanggala-402 dibawa naik - Utusan Malaysia

Serpihan, barangan Nanggala-402 dibawa naik

ANTARA serpihan dan barangan kapal selam Nanggala-402 yang dibawa naik dari dasar laut di utara Bali, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasukan penyelamat kapal selam KRI Nanggala-402 berjaya membawa naik sejumlah serpihan bangkai kapal selam itu dari dasar laut di perairan utara Bali.

Lapor Tribunnews, usaha membawa naik serpihan bangkai kapal selam itu dibantu oleh beberapa negara.

Panglima Komando Armada II Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL), Iwan Isnurwanto berkata, antara serpihan yang berjaya dibawa naik termasuk antena, , pelindung kabel torpedo, plat badan luar serta buku manual dan teknikal kapal selam tersebut.

“Kita sudah pun pamerkan serpihan serta brangan milik Nanggala yang dibawa naik.

“Sedikit demi sedikit serpihan Nanggala sudah dibawa naik dan kami yakin bahagian besar bangkai kapal selam itu boleh dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Namun, Iwan memaklumkan usaha itu tidaklah semudah yang disangka kerana kapal selam itu tenggelam pada kedalaman yang ekstrem.

Katanya, antara bahagian yang sukar dibawa naik adalah anjungan (sail section) biarpun sudah ditemukan lokasinya.

“Sudah beberapa kali kapal milik China, Tan Suo-2 cuba mengangkat anjungan yang dianggarkan seberat 18 tan, namun proses itu amat sukar.

“Kami juga belum dapat mengenal pasti lokasi badan utama kapal selam itu,” ujarnya.

Nanggala-402 hilang pada 21 April lalu sebelum disahkan tenggelam dan kesemua 53 kru terkorban.

Kapal selam buatan Jerman itu tenggelam pada kedalaman 838 meter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya