GAZA: Seramai 83 orang maut manakala lebih 480 lagi cedera dalam serangan udara tentera Israel berterusan sejak beberapa hari lalu di Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin yang dikendalikan oleh Hamas, sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak antara mangsa terkorban dalam serangan tersebut.
Lapor BBC, pasukan perubatan Isreal mengesahkan sebanyak tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut di negaranya.
Tentera Zionis mendakwa lebih 1,500 roket dilancarkan dari Gaza ke beberapa lokasi di Israel.
Rejim Israel memaklumkan tenteranya terus melancarkan serangan udara terhadap kubu kuat Hamas sehingga membunuh puluhan pejuang Palestin.
Dalam pada itu, jurucakap tentera Hamas, Abu Ubaidah menyifatkan konflik tersebut masih belum menunjukkan tanda akan berakhir dalam waktu terdekat. – AGENSI