Serangan bom tangan di Burundi: Sekurang-kurangnya dua maut - Utusan Malaysia

Serangan bom tangan di Burundi: Sekurang-kurangnya dua maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan beberapa lagi cedera dalam siri serangan bom tangan di Burundi.

Kejadian itu berlaku di bandar komersial Bujumbura kira-kira pada pukul 7 petang (waktu tempatan).

Kementerian Dalam Negeri menyifatkan serangan bom tangan itu sebagai keganasan dan menegaskan satu siasatan telah dilancarkan.

Kementerian itu menerusi Twitter mengesahkan dua orang maut dalam insiden tersebut.

Dilaporkan, seorang suspek yang cedera dalam letupan itu, telah ditahan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” jelas kementerian tersebut.

Sumber pasukan keselamatan dan beberapa saksi di tempat kejadian menjangkakan jumlah kematian akibat insiden itu lebih tinggi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya