Serang, cabut gigi bekas teman wanita guna tangan - Utusan Malaysia

Serang, cabut gigi bekas teman wanita guna tangan

SOHAIB Younis dihukum penjara selama empat tahun kerana menyerang bekas teman wanitanya. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki dipenjara empat tahun selepas menyerang bekas teman wanitanya dengan kejam termasuk mencabut dua batang gigi mangsa dengan hanya menggunakan tangannya. 

Lapor Metro, Sohaib Younis melanggar perintah mahkamah dengan memasuki rumah wanita itu dan cuba berbaik semula selepas hubungan mereka putus pada tahun lalu. 

Sebelum ini, Sohaib dari Halifax, West Yorkshire dikenakan perintah mahkamah yang melarangnya daripada mendekati bekas teman wanitanya.

Dalam sesi pendengaran, Mahkamah Bradford Crown dimaklumkan, ketika kejadian mereka bertikam lidah sehingga Sohaib mengugut mangsa akan membunuhnya sekiranya dia menghubungi polis dan kemudian melarikan diri.     

Pendakwa raya, Nadim Bashir berkata, Sohaib kembali semula ke rumah bekas teman wanitanya seminggu kemudian dan marah setelah mangsa enggan berbaik semula. 

Lelaki tersebut kemudiannya menumbuk muka mangsa beberapa kali, mengheretnya ke ruang tamu serta menarik rambut dan menendang mukanya.

Sohaib juga bertindak menikam bahagian kiri kepala mangsa menggunakan gunting.  

“Sohaib juga memegang mangsa sehingga tidak boleh bergerak dan mencabut dua batang gigi dengan tangannya sehingga menyebabkan kesakitan melampau kepada wanita itu,” kata Nadim. 

Lelaki itu ditahan tiga hari kemudian dan mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan bekas teman wanita serta melanggar perintah mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya