TERNATE, Indonesia: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mencari seorang lagi selepas hampir kesemua penumpang sebuah kapal yang terbakar dapat diselamatkan.
Kapal KM Karya Indah dalam perjalanan ke Sanana iaitu sebuah pelabuhan di timur laut ketika terbakar.
Kapal itu didakwa terbakar sejurus belayar, menyebabkan penumpang dan kru kapal terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan diri.
“Terdapat 275 penumpang secara keseluruhan, dengan 274 daripadanya sudah diselamatkan.
“Pasukan SAR kini mencari seorang lagi penumpang iaitu lelaki berusia 43 tahun,” kata jurucakap pasukan penyelamat, Muhammad Arafah.
Puluhan anggota SAR dikerah ke lokasi bagi mengesan seorang lagi penumpang yang hilang.
Daripada 275 penumpang, 35 daripadanya merupakan kanak-kanak.
Sementara itu, sejumlah kru kapal ditahan bagi membantu siasatan dan mengenal pasti punca kebakaran. – AFP