Selepas Hajarul Aswad, gambar Makam Ibrahim pula didedahkan - Utusan Malaysia

Selepas Hajarul Aswad, gambar Makam Ibrahim pula didedahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Selepas gambar Hajarul Aswad, kini rakaman imej yang belum pernah dilihat sebelum ini secara terperinci mengenai Makam Ibrahim yang terletak di Masjidil Haram pula didedahkan.

Lapor Saudi Gazette, Presiden Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci menjelaskan, gambar yang mempunyai resolusi tinggi itu diambil  menggunakan teknik baharu menerusi stacked panoramic focus.

Makam Ibrahim merupakan binaan yang mengandungi batu kecil yang terletak 10 ke 11 meter ke timur Kaabah iaitu bahagian menuju ke Safa dan Marwah.

Di dalam binaan itu, terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah SWT dari syurga bersama batu-batu kecil lain yang terdapat di Hajarul Aswad.

Di atas batu Makam itu, Nabi Ibrahim pernah berdiri semasa baginda mendirikan kaabah bersama puteranya, Nabi Ismail yang memberikan bongkah-bongkah batu kepadanya.

Di sekeliling batu Makam Ibrahim itu diikat dengan perak dan dibuat kandang besi yang berbentuk sangkar burung.

Menerusi beberapa siri ciapan dalam Twitter, Presiden itu turut memasukkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan makam itu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Jelasnya, batu itu berukuran 40 sentimeter (cm) panjang dan lebar serta mempunyai ketinggian dalam 20 cm.

Batu itu berwarna seakan-akan kekuningan dan putih kemerah-merahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya