Sekeluarga nekad jalan kaki balik kampung - Utusan Malaysia

Sekeluarga nekad jalan kaki balik kampung

DANI berehat seketika bersama isteri dan dua anaknya sebelum meneruskan perjalanan ke Bandung dengan bejalan kaki. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah keluarga yang berasal dari Gombong, Jawa tengah nekad pulang ke kampung di Soreang, Bandung dengan berjalan kaki.

Ketika ditemukan di Ciamis, keluarga yang terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua anak yang masih kecil mengakui mereka sudah berjalan kaki selama enam hari.

Jika menaiki kereta, perjalanan dari Gombong ke Bandung sejauh 296 kilometer itu boleh mengambil masa kira-kira tujuh jam dengan menggunakan laluan paling cepat.

“Kami bertolak dari Gombong selepas solat Asar enam hari yang lalu dan kami akan berhenti rehat di stesen minyak atau masjid yang ada di sepanjang perjalanan.

“Selepas tidur sebentar dan menunaikan solat Subuh di masjid, kami akan meneruskan perjalanan dan jika hari mulai panas, kami cari tempat berteduh,” kata Dani kepada Kompas.com.

Selain itu, Dani memberitahu dia dan keluarganya pernah berjalan kaki sehingga tengah malam dan tidak pernah berdepan dengan sebarang insiden tidak diingini.

Malahan, mereka sering mendapat bantuan daripada masyarakat sekeliling yang prihatin dengan keadaan keluarga itu.

Jelas Dani, dia memilih untuk balik ke kampung dengan berjalan kaki kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Keadaan itu menjadi semakin sukar selepas Dani diberhentikan keraja susulan pandemik Covid-19.

“Kami hanya membawa duit sebanyak 120,000 rupiah (RM35) untuk pulang ke Bandung, cukup untuk beli makan, minum untuk anak-anak,” ujarnya.

Pada tahun lalu, Dani juga pulang ke kampung dengan berjalan kaki dan mereka bertemu dengan seorang anggota polis ketika dalam perjalanan.

Dani beritahu, polis itu kemudiannya menghantar mereka ke terminal bas serta memberi duit belanja sebanyak 400,000 rupiah (RM115).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya