‘Saya punca anak saya mati’ - Utusan Malaysia

‘Saya punca anak saya mati’

BANDIMAN sehingga kini terkilan dan sedih selepas anaknya meninggal dunia kerana makan sate beracun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang bapa menzahirkan rasa terkilan dan sedih selepas anaknya meninggal dunia akibat makan sate yang dicampur racun dalam satu kejadian di Bantul, Yogyakarta baru-baru ini.

Lapor Kompas.com, Bandiman yang bekerja sebagai penghantar makanan sebelum ini menerima panggilan daripada seorang wanita yang memintanya menghantar sate kepada seorang lelaki.

Bagaimanapun, wanita itu tidak menggunakan aplikasi ketika meminta Bandiman menghantar bungkusan makanan tersebut kepada lelaki berkenaan.

Namun, Bandiman diminta membawa balik sate tersebut ke rumahnya oleh penerima memandangkan dia berada di luar bandar atas urusan kerja.

Sejurus tiba di rumah, Bandiman dan keluarganya menikmati sate itu sebagai juadah berbuka puasa sehingga seorang daripada anaknya mencampurkan kuah ke atas makanan tersebut.

Selepas itu, anaknya muntah serta pengsan dan dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

“Saya menyesal dengan apa yang berlaku. Anak saya mati kerana saya bawa sate itu pulang ke rumah.

“Niat saya cuma ingin hantar makanan itu dan jika saya tahu sate tersebut dicampur racun, semua ini tidak berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, hasil pemeriksaan makmal mendapati sate tersebut diletak racun jenis potassium sianida.

Pakar foreksik Universiti Gadjah Mada, Dr. Lipur Riyantiningtyas berkata, racun tersebut mudah didapati dan sering digunakan untuk membunuh hama serta tikus.

“Jika termakan dalam kuantiti kecil, racun itu akan mencetuskan gejala mual, muntah, sakit kepala, sesak nafas dan keresahan.

“Sekiranya diambil dalam kuantiti banyak, racun itu menyebabkan denyut nadi menjadi lambat dan mangsa akan mula hilang kesedaran sehingga meninggal dunia,” ujarnya.

Sementara itu, polis masih memburu suspek wanita yang mengirim makanan itu dan berdasarkan keterangan Bandiman, wanita itu berkulit cerah, berusia 25 tahun dan mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya