Sambutan vaksin Covid-19 AS menurun - Utusan Malaysia

Sambutan vaksin Covid-19 AS menurun

PETUGAS perubatan membuat persiapan untuk menyuntik vaksin Covid-19 kepada seorang lelaki di Pasadena, Texas, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASADENA: Ketika negara lain bertungkus-lumus melaksanakan program vaksinasi Covid-19, sebaliknya berlaku di Amerika Syarikat (AS) apabila permintaan imunisasi semakin berkurangan di negara ini.

Keadaan itu menyaksikan sejumlah lokasi vaksinasi di seluruh negara terpaksa ditutup dan menyebabkan pihak berkuasa AS memikirkan alternatif untuk menggalakkan masyarakat menerima suntikan vaksin.

Berdasarkan data rasmi, program vaksinasi AS memuncak pada 11 April lalu dan biarpun 55 peratus golongan dewasa AS sudah menerima satu atau dua dos suntikan vaksin, angka itu masih jauh untuk membentuk imuniti berkelompok.

Di Texas, pusat pemberian vaksin di Arlington yang terletak antara Dallas dan Fort Worth terpaksa ditutup pada pertengahan April lalu kerana tiada sambutan.

Dua lagi pusat vaksin iaitu Stadium NRG di Houston dan Fair Park di Dallas juga sudah menghentikan sistem temu janji.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Umum Harris County, Martha Marquez berkata, pihaknya mempunyai kapasiti untuk 6,000 pengunjung mendapatkan vaksin dan pernah mencecah 7,000 orang sebelum ini.

“Namun kini, hanya 2,500 orang secara purata yang mendapatkan vaksin Covid-19,” katanya.

Sehubungan itu, pihak berkuasa bercadang memberi tumpuan vaksinasi kepada golongan masyarakat yang tinggal di kawasan terpencil atau jauh dari pusat vaksin.

Selain itu, lima pusat vaksinasi mobil akan diwujudkan di daerah yang merekodkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi dan jumlah itu akan digandakan dalam tempoh terdekat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya