Saintis Poland temukan mumia wanita hamil - Utusan Malaysia

Saintis Poland temukan mumia wanita hamil

SAINTIS mendapati mumia wanita yang disimpan di Muzium Kebangsaan Poland hamil ketika meninggal dunia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Satu mumia wanita yang didapati hamil ditemukan oleh pasukan saintis Poland ketika melakukan prosedur imbasan, baru-baru ini.

Penemuan itu secara tidak langsung menjadi yang pertama di dunia selepas mumia wanita berusia 2,000 tahun dan disimpan di Muzium Kebangsaan Warsaw itu diperiksa semula.

Pakar arkeologi dan antropologi, Marzena Ozarek-Szilke berkata, dia dan suaminya, Stanislaw melihat imej imbasan sinar-x dan mengesan kaki bayi, sekali gus mengesahkan mumia wanita itu mengandung.

Analisis menyeluruh mendapati kandungan mumia tersebut dianggarkan berusia 26 hingga 30 tahun dan wanita tersebut dipercayai meninggal dunia ketika berumur 20 dan 30 tahun.

Seorang lagi saintis, Wojciech Ejsmond dari Akademi Sains Poland berkata, mereka tidak dapat memastikan mengapa kandungan tersebut tidak dikeluarkan ketika proses mengawat mayat dilakukan.

“Hal ini menjadikan mumia wanita itu unik dan tidak pernah menemukan keadaan serupa pada mumia lain, maka ia menjadi mumia hamil pertama yang ditemukan,” katanya.

Ozarek-Szilke membuat spekulasi bahawa terdapat banyak usaha untuk menutup kehamilan tersebut atau mungkin ia berkaitan dengan kepercayaan kelahiran semula.

Berdasarkan analisis yang dilakukan terhadap tulisan hieroglif yang ditemukan pada keranda mumia tersebut, ia pada mulanya dipercayai mumia lelaki yang hidup antara abad pertama Sebelum Masihi dan abad pertama Masihi.

Sehubungan itu, para saintis percaya mumia tersebut sebenarnya berusia lebih lama dan akan mengkaji punca kematiannya.

Sementara itu, mumia tersebut masih belum dibuka dan imbasan sinar-x menunjukkan mumia wanita itu mempunyai rambut panjang kerinting sehingga bahu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya