Rusia bagi amaran pada Disney kandungan kartun homoseksual - Utusan Malaysia

Rusia bagi amaran pada Disney kandungan kartun homoseksual

FILEM pendek Out yang mencetuskan kontroversi di Rusia -PIXAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia memberi amaran kepada Walt Disney Co berhubung penyebaran kandungan filem pendek yang mengancam kanak-kanak di negara itu kerana memaparkan watak utama homoseksual.

Rusia menerusi badan komunikasinya, Roskomnadzor berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada Disney kerana kandungan filem itu bertentangan undang-undang Rusia untuk menyebarkan maklumat yang ‘menafikan nilai kekeluargaan dan mempromosi hubungan seksual tidak bertamadun’ kepada kanak-kanak.

Filem ‘Out’ disiarkan di Disney+ di Amerika Syarikat tahun lalu.

Disney bagaimanapun belum memberi sebarang respons berhubung isu itu.

Undang-Undang di Rusia pada 2013 menghalang sebarang bentuk propaganda hubungan seksual tidak bertamadun dalam kalangan rakyat negara itu.

Malah, pendakwa raya Rusia pada Isnin menggesa iklan dalam Instagram Dolce & Gabbana yang memaparkan aksi bercumbu sesama jenis dihalang di negara itu. -REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya