Rusia: 11 maut dalam insiden tembakan di sekolah - Utusan Malaysia

Rusia: 11 maut dalam insiden tembakan di sekolah

PULUHAN orang termasuk polis dan anggota kecemasan berada di luar bangunan sekolah di bandar Kazan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Kazan di Rusia.

Lapor BBC, kebanyakkan mangsa terkorban merupakan pelajar sekolah.

Seorang remaja ditahan selepas insiden tembakan di sekolah itu yang terletak kira-kira 820 kilometer (km) timur Moscow di republik Tatarstan.

Polis telah memulakan siasatan namun sehingga kini motif serangan masih belum diketahui.

Presiden Tatarstan, Rustam Minnikhanov menyifatkan insiden tembakan itu sebagai amat menyedihkan.

Beberapa gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan pelajar sekolah melompat keluar dari tingkap bangunan sekolah untuk melarikan diri dan mangsa cedera dipindahkan.

Laporan awal memaklumkan terdapat dua penyerang melakukan tembakan tersebut yang mana salah seorang terbunuh dalam kejadian itu.

Namun, pihak berkuasa kemudian mengesahkan hanya seorang suspek yang terlibat dalam insiden itu.

Menurut Minnikhanov, sebanyak 12 pelajar dan empat orang dewasa kini menerima rawatan di hospital. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya