Roket Long March 5B dijangka masuk ke bumi hari ini - Utusan Malaysia

Roket Long March 5B dijangka masuk ke bumi hari ini

Roket Long March 5B hilang kawalan sejak dilancarkan 29 April lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Roket Long March 5B dijangka memasuki atmosfera bumi dalam tempoh beberapa jam akan datang, menurut pusat pemantau Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Ketika pelbagai pihak meramalkan di mana serpihan roket itu akan jatuh, pihak berkuasa AS memberi jaminan roket itu tidak akan memberi ancaman kepada negara berkenaan.

Kementerian Luar China kelmarin memaklumkan hampir kesemua komponen roket tersebut akan terbakar ketika memasuki atmosfera bumi, sekali gus tidak mendatangkan sebarang ancaman berbahaya.

Pihak Berkuasa Angkasa Lepas AS menjangkakan roket tersebut akan memasuki atmosfera bumi pada pukul 10.11 pagi waktu Malaysia.

Dalam pada itu, Center for Orbital Reentry and Debris Studies (CORDS) di Aerospace Corporation pula meramalkan roket itu membuat kemasukan ke atmosfera bumi lewat dua jam daripada masa yang dijangkakan.

Pengesan dan Pemantau Angkasa Lepas Kesatuan Eropah (EU SST) turut tidak ketinggalan menjangkakan bila roket itu akan masuk ke bumi.

Agensi tersebut berpendapat roket itu akan masuk ke atmosfera bumi pada pukul 10.32 pagi waktu Malaysia hari ini.

EU SST menyatakan serpihan roket itu berkemungkinan besar tidak akan jatuh ke kawasan berpenghuni, namun masih boleh mencetuskan sebarang perkara tidak diingini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya