Roc tamat ujian penerbangan - Utusan Malaysia

Roc tamat ujian penerbangan

PESAWAT terbesar di dunia, Roc berjaya menamatkan ujian penerbangan di California. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pesawat terbesar di dunia yang memiliki panjang sayap berukuran 117 meter, berjaya menamatkan ujian penerbangan di California.

Pesawat yang dikenali sebagai Roc, dibangunkan oleh syarikat Stratolaunch.

Lapor Metro, Roc memiliki lebar sayap bersamaan tiga pesawat Boeing 747s iaitu lebih panjang daripada ukuran padang bola sepak Amerika.

Roc menggunakan enam enjin jenis 747 dan direka khas untuk membawa dan melancarkan kenderaan supersonik pada tahap yang tinggi. 

Ujian penerbangan yang diadakan pada Khamis lalu menyaksikan pesawat tersebut mencapai kelajuan 320 kilometer sejam (km/j) pada ketinggian 4,200 meter.

“Kami amat gembira dengan prestasi pesawat dibina oleh Stratolaunch.

“Kami juga berasa teruja dengan pesawat itu yang bakal melancarkan kenderaan hipersonik pertamanya,” kata Ketua Pegawai Operasi (COO) Stratolaunch, Zachary Krevor.  

 Walaupun telah dibina pada tahun 2011, Stratolaunch tidak dapat melancarkan pesawat gergasi itu hingga 2019.

Pesawat Stratolaunch direka untuk mengangkut roket dan muatan lain dengan berat mencecah sehingga 250,000 kilogram atau 275.6 tan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya