Ribuan penunjuk perasaan gesa `revolusi kebangkitan' - Utusan Malaysia

Ribuan penunjuk perasaan gesa `revolusi kebangkitan’

PENUNJUK perasaan memegang sepanduk dan bendera ketika menyertai demonstrasi membantah rampasan kuasa di wilayah Shan, Myanmar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Ribuan penunjuk perasaan anti rampasan kuasa dilaporkan berarak di Myanmar dengan menggesa `revolusi kebangkitan’ ketika negara itu memasuki bulan keempat dibawah rejim ketenteraan.

Kawasan bandar, luar bandar, pergunungan dan wilayah sempadan yang dikuasai oleh kumpulan pejuang etnik Myanmar terjerumus dalam kekacauan sejak junta tentera bertindak menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu.

Tindakan itu sekali gus mencetuskan tunjuk perasaan setiap hari di seluruh negara bagi menuntut kembali hak demokrasi.

Berikutan itu, pasukan keselamatan bertindak balas dengan melakukan kekerasan sehingga menyaksikan penahanan besar-besaran dan angka kematian yang semakin meningkat di negara itu.

Tunjuk perasaan bermula di hab komersil Yangon ketika para aktivis mendesak lebih banyak protes diadakan dan revolusi kebangkitan.

Orang ramai berkumpul di tepi jalan sebelum berarak di sekitar jalan dalam protes flash mob.

Wilayah Tengah Mandalay menyaksikan ratusan penunjuk perasaan diketuai oleh sami Buddha berarak sambil membawa bendera Liga Nasional Demokrasi (NLD), parti politik pimpinan Suu Kyi.

Di bahagian utara wilayah Shan pula, penunjuk perasaan membawa sepanduk yang menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa di negara tersebut.

Pada pagi tadi, keganasan tercetus di pekan Hsipaw apabila pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan sehingga mengakibatkan seorang terbunuh.

“Dia ditembak di kepala dan mati di tempat kejadian,” kata seorang penunjuk perasaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya