Remaja perempuan melecur satu badan buat cabaran TikTok - Utusan Malaysia

Remaja perempuan melecur satu badan buat cabaran TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OREGON: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun melecur teruk dan hilang keupayaan untuk menggunakan tangannya selepas melakukan cabaran dalam aplikasi TikTok.

Lapor Mirror, Destini Crane dipercayai membawa lilin, pemetip api dan sebotol alkohol ke dalam bilik air untuk cuba melukis bentuk pada cermin sebelum menyalakannya dengan api.

Namun, percubaannya gagal apabila ibu Destini, Kimberly terdengar anak gadisnya menjerit di dalam tandas.

Kimberly mendapati alkohol tersebut tumpah memenuhi tandas rumahnya dan api menjulang tinggi, menyebakan anak gasinya melecur teruk.

Gadis itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sejak 13 Mei hingga kini.

“Saya berada di ruang tamu sambil berbual dengan ibu saya kapabila saya terdengar Destini menjerit minta tolong.

“Bila saya buka pintu tandas, semuanya terbakar termasuk Destini,” kata Kimberly.

Gadis itu melecur pada bahagian leher, tangan kanan dan perlu menjalani pembedahan kulit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya