Remaja AS bakal disuntik vaksin Pfizer - Utusan Malaysia

Remaja AS bakal disuntik vaksin Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dijangka meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer untuk golongan remaja berusia 12 hingga 15 tahun pada minggu depan.

Pengumuman itu dibuat sebulan selepas syarikat farmaseutikal itu mendapati vaksin Covid-19 keluarannya boleh memberi perlindungan kepada golongan berusia bawah 16 tahun.

Menurut pegawai FDA, agensi itu mungkin memberi kelulusan pada minggu depan atau lebih awal bergantung kepada situasi.

Selepas pengumuman itu dibuat, FDA akan mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa penasihat vaksin bagi membincangkan perkara yang perlu disyorkan untuk suntikan vaksin terhadap penduduk berusia 12 hingga 15 tahun.

Jelas agensi itu, suntikan boleh mula diberikan selepas Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan bersetuju dengan syor yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut.

Pfizer pada hujung Mac lalu mengeluarkan keputusan awal mengenai kajian vaksin terhadap 2,260 sukarelawan berusia 12 hingga 15 tahun.

Keputusan itu menunjukkan tiada kes jangkitan Covid-19 direkodkan terhadap golongan belia yang sudah menerima dua dos suntikan berbanding 18 orang yang diberikan suntikan percubaan.

Pfizer menjelaskan golongan kanak-kanak turut dijangka mengalami kesan sampingan sama seperti dewasa selepas mendapatkan suntukan vaksin tersebut.

Selain Pfizer, Moderna turut melakukan kajian mengenai keberkesanan vaksin Covid-19 keluarannya terhadap golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya