Radovan Karadzic jalani penjara seumur hidup di UK - Utusan Malaysia

Radovan Karadzic jalani penjara seumur hidup di UK

RADOVAN KARADZIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penjenayah perang Bosnia Serbia, Radovan Karadzic tiba di United Kingdom (UK) untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup di Isle of Wight.

Karadzic, 75, tiba di penjara yang dikenali dengan nama Parkhurst semalam selepas panel hakim di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) The Hague, Belanda menambah hukuman penjaranya sdaripada 40 tahun kepada seumur hidup.

Terdahulu, Karadzic juga didapati bersalah atas peranannya dalam pembunuhan terhadap lebih 8,000 lelaki dan budak lelaki Islam di Bosnia oleh tentera Serbia pada Julai 1995.

Tragedi itu disifatkan kekejaman paling dahsyat di Eropah sejak Perang Dunia Kedua dan dianggap pembunuhan berama-ramai oleh ICC.

Perang tiga tahun antara etnik Croatia, Islam dan Serbia pada 1995 menyebabkan lebih 100,000 maut.

Sementara itu, anak perempuan Karadzic, Sonja membantah bapanya menjalani hukuman penjara di Wight kerana menyifatkan keadaan di sana tidak sihat dan ‘tidak bertamadun’.

Katanya, keadaan bapanya yang uzur menyebabkan dia tidak sesuai dipenjara di kepulauan tersebut. – AGENSI

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya