Puting beliung badai China: 12 maut, lebih 400 cedera - Utusan Malaysia

Puting beliung badai China: 12 maut, lebih 400 cedera

KEADAAN di sebuah tapak pembinaan selepas puting beliung melanda sebuah zon ekonomi di Wuhan, China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan lebih 400 cedera selepas dua puting beliung melanda bahagian tengah dan timur China.

Lapor pihak berkuasa China, angin kencang dengan kelajuan lebih 260 kilometer sejam (km/j) membadai pusat bandar Wuhan, semalam.

Menurut pihak berkuasa, lapan orang meninggal dunia manakala lebih 280 cedera, dengan kira-kira 30 rumah musnah di kawasan tersebut.

Dilaporkan, kenderaan rosak terkena serpihan objek, pokok tumbang dengan sebahagian besar bangunan musnah.

Beberapa tiang elektrik juga tumbang sehingga menyebabkan lebih 26,000 rumah terputus bekalan elektrik.

Angin kencang merosakkan dua kren yang mana salah satu kenderaan itu jatuh ke tapak berdekatan sehingga menyebabkan kerosakan besar.

Di Suzhou berhampiran Shanghai pula, satu lagi puting beliung yang membawa angin kencang dengan kelajuan lebih 200 km/j menyebabkan kerosakan di kawasan tersebut.

Berdasarkan pihak berkuasa tempatan, empat orang terbunuh dan seorang lagi dilaporkan masih hilang.

Beberapa gambar yang dikongsi di laman media sosial menunjukkan puting beliung berwarna hitam menyebabkan beberapa kemusnahan.

Pada awal bulan ini, satu taufan melanda sebuah bandar berhampiran Shanghai sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang maut dan ratusan cedera. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya