Puntung curut Winston Churchill dilelong RM25,100 - Utusan Malaysia

Puntung curut Winston Churchill dilelong RM25,100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Puntung curut milik bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill yang pernah dibuang pada 1940-an dilelong pada harga 4,270 pound (RM25,100).

Bekas pemimpin itu terkenal dengan tabiatnya yang kuat menghisap cuurt dan boleh menghabiskan lapan hingga 10 batang sehari.

Puntung curut yang berusia 80 tahun itu dipercayai dikutip oleh seorang anggota polis sebelum menyerahkannya kepada cucu Churchill, Arthur Church.

Church kemudiannya menyimpan puntung tersebut sebelum melelongnya kelmarin.

Agensi lelong Bellmans terkejut dengan nilai puntung rokk yang berukuran sepanjang tujuh sentimeter itu dan pada mulanya menganggarkan ia akan dijual pada harga 800 pound (RM4,702).

Churchill didakwa semakin kuat hisap curut ketika beliau berkhidmat sebagai tentera Britain di Cuba.

Beliau akan menghisap pada bila-bila masa termasuk ketika mesyuarat, bangun tidur dan waktu makan.

Pada Mac lalu, selipar baldu yang disulam dengan inisial bekas pemimpin itu berjaya dilelong pada harga 39,040 pound (RM229,486).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya