Presiden, Perdana Menteri Mali, dibebaskan - Utusan Malaysia

Presiden, Perdana Menteri Mali, dibebaskan

BAH NDAW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAMAKO: Seorang pegawai tentera Mali mengesahkan Presiden, Bah Ndaw dan Perdana Menteri, Moctar Ouane telah dibebaskan.

Pengumuman itu dibuat tiga hari selepas pemimpin politik berkenaan ditahan dan dilucutkan kuasa melalui rampasan kuasa kedua negara yang berlaku dalam tempoh sembilan bulan.

Pembebasan pemimpin politik itu selaras dengan gesaan komuniti dunia.

“Presiden dan perdana menteri kerajaan interim Mali sudah dibebaskan semalaman kkra-kira 1.30 pagi (waktu tempatan). Kami menunaikan janji kami,” kata seorang pegawai yang enggan mendedahkan namanya.

Beberapa ahli keluarga turut mengesahkan Ndaw dan Ouane sudah dibebaskan.

Dilaporkan, dua pemimpin politik itu telah pulang ke rumah masing-masing di ibu negara Bamako.

Sebelum ini, tentera Mali menahan Ndaw, Ouane dan Menteri Pertahanan, Souleymane Doucoure selepas rombakan kabinet dilakukan.

Ndaw, Ouane dan Doucoure dibawa ke kem tentera di Kati, yang terletak di luar Bamako.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Doucoure telah dibebaskan atau sebaliknya.

Penahanan itu menyebabkan ketidaktentuan situasi politik di Mali beberapa bulan selepas rampasan kuasa tentera menggulingkan Presiden Ibrahim Boubacar Keita. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya