BAMAKO: Pihak tentera Mali menahan Presiden, Perdana menteri dan Menteri Pertahanan kerajaan interim negara itu selepas rombakan kabinet dilakukan.
Presiden, Bah Ndaw, Perdana Menteri, Moctar Ouane dan Menteri Pertahanan, Souleymane Doucoure dibawa ke kem tentera di Kati, yang terletak di luar ibu negara Bamako.
Penahanan itu menyebabkan ketidaktentuan situasi politik di negara Afrika Barat selepas rampasan kuasa tentera menggulingkan Presiden Ibrahim Boubacar Keita.
Ndaw dan Ouane ditugaskan mengawasi peralihan 18 bulan sebelum kembali ke pemerintahan sivil.
Banyak pihak termasuk kerajaan dan pembangkang melahirkan kebimbangan terhadap ketenteraan yang memegang jawatang penting negara.
Penahanan itu berlaku selepas pengumuman perubahan kerjaan yang menyaksikan dua anggota tentera merampas kuasa sejak Ogos lalu.