KALIMANTAN: Seorang lelaki dari Barambai, Kalimantan Selatan mendakwa terdengar bisikan ghaib sehingga nekad memotong kemaluan sendiri menggunakan pisau sehingga putus.
Lapor Tribunnews, Ketua Polis Batola, Mohammad Syahir Arif berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada seorang diri di rumahnya.
Katanya, suspek disahkan tidak mengalami sebarang gangguan jiwa atau mempunyai masalah rumah tangga.
“Isteri mangsa pulang daripada majlis pernikahan adiknya dan terus ke dapur dan mendapati suaminya sedang menutup bahagian kemaluan dengan kedua-dua tangannya.
“Suaminya malah memaklumkan sudah memotong kemaluannya sendiri dan memasukkannya ke dalam balang,” katanya.
Isteri mangsa memberitahu, suaminya terdengar suara ghaib yang memujuk melakukan aksi tersebut.