JAKARTA: Sebuah kereta mewah Mini Cooper dengan nombor plat pendaftaran polis ditahan selepas didapati cuba menyelinap masuk laluan semasa rombongan RI 2 yang membawa Naib Presiden, Maruf Amin.
Lapor Suara Jakarta, kejadian berlaku di susur keluar Jalan Tol Semanggi, Jakarta selatan.
Ketua Unit Kawalan Lebuh Raya, Polis Metro Jaya, Akmal berkata, pemandu itu memberikan alasan tidak menyedari mengenai konvoi yang membawa pemimpin negara sebelum dihalang oleh pihak polis.
Katanya, pemandu itu hanya diberikan teguran oleh pihak berkuasa dan tidak dikenakan sebarang tindakan.