Polis London disiasat kerana laung 'bebas Palestin' - Utusan Malaysia

Polis London disiasat kerana laung ‘bebas Palestin’

AKTIVIS Pro Palestin mengibarkan bendera semasa demonstrasi di luar bangunan Kedutaan Israel di London. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Polis Metropolitan London menjalankan siasatan terhadap seorang anggotanya yang bertugas sambil melaungkan ‘bebas Palestin’ semasa himpunan mengutuk kekejaman Israel yang melakukan pengeboman di Semenanjung Gaza.

Pegawai polis wanita yang tidak memakai uniform rasmi itu dilihat menerusi rakaman video semasa demonstrasi di ibu negara itu.

Wanita itu dilihat menerima bunga ros berwarna putih dan memeluk peserta protes sambil menjerit ‘bebas, bebas Palestin’ ke arah peserta protes.

Rakaman video itu menjadi tular dalam beberapa saluran media sosial.

Beberapa bandar di United Kingdom menyaksikan himpunan peserta protes bersolidariti bersama penduduk Palestin. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya