LONDON: Sebuah pokok jenis monstera adansonii yang spesiesnya jarang ditemui berjaya dijual pada harga 1,799 euro (RM8,857) di Lovendegem, Belgium.
Lapor Oddity Central, pokok monstera adansonii yang hanya setinggi 15 sentimeter (cm) dijual pada harga tersebut dalam tempoh 30 minit sahaja.
Pokok itu turut menampilkan mutasi jarang ditemui sehingga menyebabkan daun yang berlubang pada tanaman itu tumbuh kekuningan atau putih berbanding warna hijau yang asalnya.
Jenis pokok ini agak mustahil untuk ditanam, jadi orang ramai khususnya pengumpul tanaman hiasan sanggup membelinya pada harga yang tinggi.
Pengurus pemasaran di Intratuin Lovendegem, Arne Schurmans berkata, pihaknya terkejut mengetahui pokok monstera adansonii berjaya dijual dalam waktu singkat.
“Ia merupakan spesies pokok sangat istimewa yang tidak boleh ditanam.
“Dalam kes-kes tertentu, pokok monstera adansonii alami sejenis mutasi yang mana daunnya berubah warna menjadi putih atau kuning berbanding hijau,” katanya.
Selain faktor harga, pokok monstera adansonii yang unik itu juga mempunyai beberapa cara spesifik untuk menjaga tanaman itu.
Antaranya, tanaman itu amat sensitif terhadap cahaya matahari dan tidak harus didedahkannya jika tidak ia akan kehilangan warnanya.