LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dilaporkan mengahwini tunangnya, Carrie Symonds dalam satu majlis rahsia semalam.
Johnson berjaya merahsiakan perkara itu sehingga barisan Kabinetnya juga tidak mengetahui tentang perkahwinannya.
Majlis perkahwinan yang berlangsung di Gereja Westminster itu dilapor berlangsung dalam masa singkat dan hanya dihadiri kira-kira 30 tetamu.
Para pelancong yang mengunjungi gereja itu juga tidak menyedari ada majlis perkahwinan sedang berlangsung.
Menurut sumber, gereja itu dikosongkan pada pukul 1.30 petang sebelum setengah jam kemudian, majlis perkahwinan bermula.
“Majlis perkahwinan itu melibatkan Perdana Menteri Borris Johnson dan tunangnya, Carrie Symonds.
“Pasangan pengantin kelihatan segak dan secocok,” jelas sumber itu.
Johnson merupakan perdana menteri pertama Britain yang melangsungkan perkahwinan ketika masih berkhidmat sejak Lord Liverpool berkahwin dengan Mary Chester pada 1822. – AGENSI